PENGENALAN

Umumnya, fitnah bukanlah satu fenomena yang baru wujud dalam masyarakat kita, malah fitnah telah menjadi permainan dan satu perkara yang seolah-olah wajib dilakukan oleh setiap orang. Pada zaman Rasulullah s.a.w, budaya fitnah ini telah menjadi satu perkara yang digemari oleh masyarakat munafiqun ketika itu. Jadi, tidak hairanlah sekiranya budaya ini juga menjadi kegemaran masyarakat kita pada hari ini. Malah, ada yang menjadikan golongan yang menabur fitnah ini sebagai ketua. Setiap kata-kata mereka mudah didengari dan dipercayai.
Pada zaman dahulu, fitnah disebarkan melalui lisan dan penulisan yakni surat. Proses menulis dan menghantar surat biasanya lambat. Akan tetapi, disebabkan hawa nafsu yang menguasai diri, setiap pemfitnah kan berusaha menyebarkan berita fitnah itu dengan cepat melalui pelbagai cara dan kaedah. Keadaan ini berbeza dengan zaman sekarang. Dengan kemajuan teknologi maklumat serta perkembangannya yang terlalu pesat, setiap berita, cerita, fitnah dan sebagainya dapat disebarkan dengan lebih mudah dan pantas. Malah ianya tersebar tanpa pengawasan daripada pihak yang berwajib.
Keupayaan seseorang dalam menyampaikan maklumat kepada pihak lain tidak dapat dikawal. Namun, aianya hanya dapat dikawal oleh individu itu sendiri. Kita tidak menafikan kebaikan teknologi maklumat dalam kehidupan kita seharian. Dengan kemajuan yang ada perkembangan teknologi dapat membantu dan memudahkan urusan harian seseorang. Sebagai contoh dalam urusan pembayaran bil, pembelian barangan keperluan, dan sebagainya. Ianya dapat dilakukan secara atas talian (online) dengan mengambil masa yang begitu singkat. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi ini juga memberi kesan yang negatif dalam kehidupan kita seharian. Fitnah dan berita palsu dapat disebarkan oleh sesiapa sahaja. Sikap tidak bertanggungjawab ini akan menyebabkan berlakunya pelbagai anasir negatif seperti pergaduhan, perhubungan bebas dan sebagainya.
Oleh itu, masyarakat perlu sedar bahawa penggunaan teknologi dengan cara yang tidak betul akan mengundang pelbagai masalah. Ianya bukan hanya melibatkan masalah yang kecil-kecil sahaja malah, melibatkan hal-hal yang besar iaitu melibatkan soal negeri, negara, agama dan bangsa. Kita hanya melihat fitnah melalui media baharu ini sebagai satu masalah yang kecil namun, tahukah kita bahawa kesannya amatlah besar sekiranya ia tidak dikawal dan dibendung dengan betu oleh pihak yang berwajib.




DEFINISI FITNAH
Kita sering terdengar perkataan fitnah yang disebut oleh masyarakat. Ramai dalam kalangan kita hanya mengetahui bahawa fitnah hanya boleh berlaku melalui lisan, penulisan. Sedarkah kita bahawa fitnah juga boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan tidak semestinya melalui lisan dan penulisan sahaja. Umumnya, masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang tidak dapat memahami maksud fitnah dengan tepat.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Mengumpat ialah kamu menyebut sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka. Para sahabat bertanya: bagaimana kalau yang diperkatakan itu benar berlaku pada saudara kami? Jawab Rasulullah s.a.w, jika apa yang kamu perkatakan itu benar maka kamu telah mengumpat saudara kamu. Tetapi sekiranya tidak benar, maka kamu telah melakukan pembohongan (fitnah) terhadapnya.”(Omar, 2005)

Berdasarkan hadis berkenaan, jelas bahawa baginda Rasulullah s.a.w tidak suka akan perbuatan mengumpat dan memburukkan orang lain. Walaupun apa yang diperkatakan itu adalah benar. Namun ianya tidak disukai oleh baginda kerana perbuatan tersebut boleh menjatuhkan maruah individu tersebut. Apatah lagi, sekiranya perkara yang diumpat itu tidak benar. Berlakulah pembohongan dan juga fitnah.
Perkataan fitnah merupakan perkataan arab yang membawa maksud ujian dan cubaan. Terdapat pelbagai tafsiran dan pendapat mengenai fitnah. Ibnu Manzur berkata: Al-Azhari dan lainnya berkata:“Asal makna fitnah adalah الإبتلاء (cubaan), الإمتحان (Ujian) dan الإختبار (ujian).”Ada juga yang menafsirkan fitnah adalah syirik kepada Allah swt. Firman Allah :
Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah.kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang Yang zalim.
Huraian daripada ayat di atas, fitnah yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah syirik. Allah swt menyeru umat manusia supaya memerangi syirik sehingga tidak ada lagi syirik di muka bumi ini. Ramai umat Islam yang memandang rendah amalan syirik. Malah ada yang sanggup melakukan sesuatu yang sudah diketahui perkara itu berdosa asalkan dapat mengecapi impian dan memenuhi kehendak diri. Mereka lebih mempercayai makhluk selain daripada Allah s.w.t. Sebagai contoh amalan bomoh yang semakin popular dalam kalangan kita pada hari ini. Mereka sanggup menghabiskan wang beribu-ribu ringgit semata-mata untuk mencapai keinginan nafsu.
Fitnah daripada sudut bahasa ialah ujian dan cubaan. Sebagai contoh ialah proses “menguji emas”, iaitu proses melebur emas di atas api bagi mengetahui ketulenannya. Fitnah kepada manusia ialah menguji dengan kekerasan dan penyeksaan (al-qaradhawi, 2013).

DEFINISI MEDIA MASSA

Media massa adalah saluran-saluran atau cara pengiriman bagi pesan-pesan massa ( (Richard West dan Lynn H. Turner, 2008). Menurut penulis ini lagi media massa ini berupa surat khabar, video, CD-ROM, komputer, TV, radio, dan sebagainya. Boleh juga dikatakan bahawa media massa ini merupakan alat komunikasi yang digunakan untuk meyampaikan sesuatu berita. Kemampuan media massa ialah dapat menyampaikan berita atau peristiwa yang berlaku jauh daripada tempat kita. Dengan kecanggihan teknologi dan perkembangan alat komunikasi pada zaman sekarang, pelbagai berita atau maklumat dapat disampaikan dengan begitu cepat dan pantas walaupun lokasi kejadian berada jauh dengan lokasi kita berada. Ianya dapat disalurkan dengan hanya mengambil masa yang singkat.
Media massa yang meliputi media cetak, media elektronik dan internet dikatakan mempunyai pengaruh yang amat kuat dalam kehidupan manusia, terutama kehidupan remaja. Fenomena wajib memiliki “smart phone” telah berlaku sekarang. Hampir semua remaja mampu memiliki “ smart phone” yang boleh melayari internet tanpa sempadan. Namun, sekiranya kemudahan ini disalah gunakan, ia akan mendatangkan kesan yang buruk kepada kehidupan manusia. Fenomena ini menyebabkan nilai-nilai murni masyarakat semakin luntur.
Umumnya, media massa memainkan peranan yang amat penting. Namun, dengan kemajuan yang kita kecapi sekarang. Penggunaan media massa sebagai alat untuk menyampaikan maklumat dan berita perlu dipantau dan dikawal. Sekiranya pemantauan tidak dapat dilakukan, maka media massa akan menjadi alat yang merosakkan kehidupan masyarakat. Hal ini berlaku akibat daripada sikap tidak bertanggungjawab pengguna. Kesedaran tentang nilai-nilai murni sebagai rakyat Malaysia khususnya perlu ada dalam setiap diri masyarakat. Dengan adanya kesedaran ini, maka penggunaan media massa untuk tujuan negatif dapat dikawal dan dipantau.
Media massa mampu mempengaruhi pembentukkan peribadi seseorang. Seseorang mampu terpengaruh atau terikut dengan pengiklanan dan maklumat yang disiarkan melalui media elektronik mahupun media cetak. Antaranya fesyen yang ditonjolkan dalam televisyen dapat mengubah sikap kanak-kanak. Dalam pada itu, bukan hanya kanak-kanak malah remaja juga mudah terpengaruh dengan anansir negatif yang terdapat dalam iklan-iklan di televisyen. Hal ini, sikit sebanyak membentuk tingkah laku mereka. Remaja perempuan misalnya mudah terpengaruh dengan iklan yang mempromosikan alat solek, penjagaan bentuk badan yang ramping dan banyak lagi yang mempamerkan wanita yang cantik sebagai model iklan bagi mempromosikan produk. Kebanyakan iklan di televisyen khususnya, banyak mengeksploitasikan wanita.
Kesimpulannya, kemajuan teknologi maklumat yang begitu cepat dan pengeluaran gajet yang begitu pantas memberi kesan yang mendalam kepada masyarakat. Sekiranya ia dapat dikawal dan digunakan dengan cara yang betul maka kesannya ialah positif. Namun, sekiranya ia tidak dapat dikawal dan dipantau maka ia akan menghasilkan kesan yang negatif. Usaha mengawal dan memantau penggunaan media massa dalam kehidupan adalah tanggungjawab kita bersama.

JENAYAH FITNAH DI MEDIA MASSA
Jenayah fitnah merupakan satu aktiviti yang tidak sehat. Ianya boleh berlaku tanpa sempadan serta tidak mengira waktu dan tempat. Jenayah ini dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai kesedaran nilai-nilai murni dan tidak bertanggungjawab. Mereka boleh menyiarkan apa-apa saja maklumat tanpa mengambil kira kesahihan maklumat tersebut. Hal ini menjadi bertambah runsing apabila setiap maklumat yang disiarkan akan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca. Lebih menyedikan ramai daripada kalangan pembaca akan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak lain tanpa menganalisis kesahihan maklumat tersebut.
Budaya menyebarkan fitnah melalui alam siber seperti facebook, twitter, blog dan sebagainya telah menjadi satu kebiasaan dan semakin popular dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Malah ianya turut menjadi satu kewajipan bagi sesetengah individu yang suka menyebarkan berita palsu dan panas.Tanpa disedari, budaya ini telah memberi kesan yang negatif dalam kalangan masyarakat dan mendatangkan keburukan kepada pelbagai pihak. Ramai pembaca yang kebanyakkan daripada mereka mengamalkan konsep setiap apa yang disiarkan dianggap betul dan tepat. Hal ini amatlah bahaya kerana mereka mempercayainya seratus peratus tanpa menyelidiknya terlebih dahulu,
Penyebaran fitnah dapat dilakukan dengan mudah dalam era komunikasi moden sekarang. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk tujuan kebaikan dan dakwah telah disalah gunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (sms), facebook, penulisan dalam blog, twitter dan email memudahkan penyebaran maklumat dapat dilakukan tanpa sempadan, tanpa perlu bersemuka, mudah dan kosnya sangat murah. Dengan kemudahan yang ada dan murah sebagai contoh khidmat pesanan ringkas (sms), whatsapp tidak memerlukan kos yang tinggi. Hanya memerlukan kos yang sangat rendah untuk menyebarkan maklumat.
Islam telah menggariskan peraturan yang ketat dalam menerima dan mempercayai maklumat yang disampaikan. Peraturan yang diwujudkan adalah untuk memastikan seseorang itu tidak terjerumus ke lembah fitnah. Apabila seseorang terperangkap dengan fitnah, secara tidak langsung aka ada pihak lain yang terlibat dan akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan perselisihan faham. Firman Allah swt dalam surah al-Nur ayat 13 :
“Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu.oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang Yang dusta.”
Penyebaran berita yang tidak bertanggungjawab dan melampau juga boleh membawa kepada kehancuran dan perpecahan dalam masyarakat. Oleh itu, Islam melarang keras tindakan tidak bermoral dan melanggar batas agama yang dilakukan oleh penabur-penabur fitnah sehinggakan sanggup mengaibkan saudara seagama. Jika pada zaman Nabi s.a.w tugas menabur fitnah ini dimainkan oleh penyair-penyair yang jahat, maka pada hari ini tugas hina ini diteruskan oleh manusia-manusia yang tidak berakhlak demi mengejar harta dan takhta serta dendam kesumat yang membara.
Sabda Rasulullah s.a.w :
الْكَبَائِرُ: الِإشْرَاكُ بِاللهِ ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ ، و قَتْلُ النَّفْسِ ،  وَالْيَمِينُ الْغَمُوس .
Maksudnya :“Dosa-dosa besar itu adalah, syirik kepada Allah, derhaka terhadap ibu bapa, membunuh dan bersumpah dengan sumpah yang dusta.”

Daripada hadis yang dinyatakan di atas, Baginda ada menyebut “bersumpah dengan sumpah yang dusta”, sumpah yang dusta seperti yang dinyatakan dalam hadis tersebut ialah fitnah. Tidak ada fitnah yang benar, setiap perkara dan maklumat yang disampaikan, dan kesahihan maklumat tersebut diragui, ia adalah fitnah. Menyedari bahayanya fitnah, umat Islam digalakkan supaya meneliti dan mencari kebenaran tentang maklumat yang disebarkan. Sungguh pun maklumat tersebut disampaikan oleh individu yang mempunyai pengetahuan agama, umat Islam digalakkan untuk meneliti dan menganalisis maklumat tersebut. Firman Allah swt dalam surah al-Hujurat ayat 6 :
“Wahai orang-orang Yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.”
Kehidupan kita dibentangkan dan dihidangkan dengan beberapa isu besar melalui media massa sama ada TV, radio, akhbar dan internet. Kebanyakannya menggunakan kaedah pemesongan pemikiran sehingga yang jahat dilihat sebagai baik, yang zalim dianggap sebagai adil, yang rosak didakwa berguna, yang haq dihukum sebagai batil, dan yang benar dipandang sebagai dusta. Apa yang lebih malang lagi ialah apabila hukum Allah dipermainkan sesuka hati demi mencapai matlamat dan tujuan masing-masing. Akibat tidak takut dengan janji dan seksa Allah s.w.t maka manusia yang jahil sanggup melakukan apa jua sekalipun dengan bersumpah menggunakan nama Allah s.w.t.
Imam Ghazali, dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia dan menyebarkan maklumat palsu tentang orang lain boleh menjejaskan maruah individu tersebut. Perbuatan ini dianggap sebagai mengadu domba dan fitnah. Pada zaman sekarang, kita telah didedahkan dengan pelbagai berita dari dalam dan luar negara, berita yang berbaur politik, agama dan perkauman. Tanpa kita sedari, hanya dengan berita yang dimuatkan di internet, kesannya amat buruk apabila kita terus mempercayai berita tersebut.
Antara contoh kes fitnah yang disebarkan melalui internet ialah kes yang melibatkan seorang pensyarah kolej iaitu Ahmad Shahril yang didakwa atas tiga tuduhan menfitnah penyanyi nombor satu Malaysia iaitu Dato’ Siti Nurhaliza binti Taruddin menerusi penghantaran email. Antara kes lain ialah seorang usahawan wanita memfailkan saman fitnah RM1 juta terhadap syarikat pesaingnya kerana didakwa memfitnahnya menerusi laman sosial facebook dengan tuduhan meniru tudung keluarannya.
Apabila sesuatu maklumat atau berita yang berbaur fitnah, pasti akan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Apatah lagi apabila berita tersebut dikaitkan dengan individu yang berpengaruh dan kenamaan. Berita tersebut pasti akan menjadi perbualan hangat dalam kalangan pembaca-pembaca. Sehubungan itu, sebagai seorang muslim wajib bagi kita untuk menyelidiki maklumat yang disebarkan sebelum mempercayainya.
Hal ini boleh menyebabkan wujud rasa kebencian dan permusuhan terhadap mangsa fitnah tersebut. Dengan ini, individu itu bukan sahaja akan berdepan dengan cercaan dan pandangan serong terhadapnya malah reputasi dan kredibilitinya juga akan dipertikai. Antara impak fitnah bagi pasangan suami isteri ialah tercetusnya masalah rumah tangga sehingga mengakibatkan perceraian akibat cerita buruk melalui fitnah yang disebar. Selain itu, fitnah juga boleh menjejaskan periuk nasi mangsa fitnah dan pekerjaan atau sumber rezeki individu berkenaan.

Firman Allah swt dalam surah al-a’raf, ayat 123
“Firaun berkata: “Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum Aku memberi izin kepada kamu? Sesungguhnya ini adalah perbuatan tipu daya Yang kamu lakukan Dalam bandar ini kerana kamu hendak mengeluarkan penduduknya dari padanya.oleh itu, kamu akan mengetahui (akibatya).
Berdasarkan ayat di atas, ia memberi gambaran bahawa umat Musa dan Harun pada ketika itu tidak boleh menerima apa-apa agama sekalipun tanpa meminta izin daripada Firaun. Apabila ada yang melanggarnya, mereka akan menerima seksaan dan hukuman daripada Firaun. Jelas sekali pada zaman Firaun, kekufuran kepada Allah s.w.t menjadi matlamat dalam kehidupan Firaun. Tidak hairanlah al-Quran menyebut bahawa fitnah itu lebih kejam daripada membunuh. Sebahagian ulama menafsirkan fitnah adalah kufur.
Jelas di sini bahawa jenayah fitnah ini bukanlah satu jenayah yang baharu. Walau bagaimanapun fitnah ini wujud sejak zaman dahulu lagi. Sifat rakus manusia untuk menjatuhkan individu lain telah mendorong mereka untuk menyebarkan fitnah dan berita palsu. Sifat seperti ini juga akan menjatuhkan maruah seseorang. Sungguh pun berita yang disebarkan itu benar, namun sekiranya ia boleh menjatuhkan maruah dan membuka aib seseorang, ianya tetap dilarang oleh agama Islam.
Tanpa iman dan semangat yang kuat dan kental, seseorang itu akan dicengkam dengan rasa sedih dan murung yang melampau hingga melarikan diri atau menyepikan diri daripada masyarakat. Dalam keadaan yang lebih teruk, mangsa mungkin mengalami agorafobia. Agora fobia merupakan ketakutan berada dalam situasi dengan keadaan tidak berdaya atau dihina terutama selama mengalami kepanikan (Ramaiah, 2003).
Bukan itu sahaja, fitnah ialah satu perkara yang boleh merosakkan persaudaraan dan perpaduan. Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang atau dua, malah menyebabkan permusuhan, pertelagahan serta hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat. Apabila ukhuwah serta semangat persaudaraan luntur maka lenyap dan runtuhlah kebahagiaan dan kemanisan hidup bermasyarakat.

DEFINISI INTERNET
Secara harfiah, internet (kependekan dari interconnected-networking) ialah rangkaian komputer yang terhubung di dalam beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf ‘I’ besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara global dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.
Atau dengan kata lain, definisi internet adalah jaringan besar yang saling berhubungan dari jaringan-jaringan komputer yang menghubungkan orang-orang dan komputer-komputer diseluruh dunia, melalui telepon, satelit dan sistem-sistem komunikasi yang lain. Internet dibentuk oleh jutaan komputer yang terhubung bersama dari seluruh dunia, memberi jalan bagi informasi (mulai dari text, gambar, audio, video, dan lainnya ) untuk dapat dikirim dan dinikmati bersama. Untuk dapat bertukar informasi, digunakan protocol standar yaitu Transmision Control Protocol dan internet Protocol yang lebih dikenal sebagai TCP/IP.
TCP (Transmission Control Protocol) bertugas untuk memastikan bahwa semua hubungan bekerja dengan benar, sedangkan IP (Internet Protocol) yang mentransmisikan data dari satu komputer ke komputer lain. TPC/IP secara umum berfungsi memilih rute terbaik transmisi data, memilih rute alternatif jika suatu rute tidak dapat di gunakan, mengatur dan mengirimkan paket-paket pengiriman data.
Untuk dapat ikut serta menggunakan fasilitas Internet, Anda harus berlangganan ke salah satu ISP (Internet Service Provider) yang ada dan melayani daerah Anda. ISP ini biasanya disebut penyelenggara jasa internet. Anda bisa menggunakan fasilitas dari Telkom seperti Telkomnet Instan, speedy dan juga layanan ISP lain seperti first media, netzip dan sebagainya.
Di Indonesia, seperti negara berkembang dimana akses Internet dan penetrasi PC sudah cukup tinggi dengan di dukungnya Internet murah dan netbook murah, hanya saja di Indonesia operator kurang fair dalam menentukan harga dan bahkan ada salah satu operator yang sengaja membuat “perangkap jebakan” agar supaya si pengguna Internet bayar lebih mahal sampai ber juta-juta rupiah!!, lainnya sekitar 42% dari akses Internet melalui fasilitas Public Internet akses seperti warnet (warung internet), cybercafe, hotspot dll. Tempat umum lainnya yang sering dipakai untuk akses Internet adalah di kampus, di kantor, dan terdapat juga di toko-toko yang menyediakan akses wi-fi, seperti Wifi-cafe. Pengguna hanya perlu membawa laptop (notebook), atau PDA, yang mempunyai kemampuan wifi untuk mendapatkan akses Internet.

Disamping menggunakan PC (Personal Computer), kita juga dapat mengakses Internet melalui Handphone (HP) menggunakan Fasilitas yang disebut GPRS (General Packet Radio Service). GPRS merupakan salah satu standar komunikasi wireless (nirkabel) yang memiliki kecepatan koneksi 115 kbps dan mendukung aplikasi yang lebih luas (grafis dan multimedia). Teknologi GPRS dapat diakses yang mendukung fasilitas tersebut. Pen-setting-an GPRS pada ponsel Tergantung dari operator (Telkomsel, Indosat, XL, 3) yang digunakan. Biaya akses Internet dihitung melalui besarnya kapasitas (per-kilobite) yang didownload.



JENAYAH FITNAH DI INTERNET

Internet merupakan sebuah revolusi besar  di dunia IT dan media massa, sebagaimana ia juga sekaligus merupakan medan yang luas untuk menguji keimanan, akhlaq, dan akal manusia. Di dunia internet  kebaikan terbuka luas pintu-pintunya, sebagaimana pintu-pintu kejelekan juga terpapar dengan berbagai gaya.

Di dunia internet seseorang dapat menyuarakan apa saja yang dia inginkan, memuaskan pandangan mata dengan apa saja yang ingin dilihat, menulis apa saja yang dikehendaki, tanpa ada yang menghisab dan mengawalnya, bahkan tanpa ada yang dapat menghentikannya.

Jika seseorang mampu mengendalikan dirinya, menjaga keluhuran jiwanya, melihat akibat setiap perbuatannya, dan selalu merasakan bahwa dirinya selalu diawasi dan terlihat oleh Rabb Sang Maha Pencipta yang Maha Mendengar dan Maha Melihat – maka dia akan selamat.


Adapun jika seseorang melepaskan kekang jiwanya, dan mengikuti segala yang diinginkan hawa nafsunya, tanpa ada kawalan keimanan dan ketakwaan – maka hampir-hampir dia telah membenamkan dirinya di dalam jurang kehinaan dan melemparkan dirinya di dalam kubang nista; maka tidak ada setelah itu kecuali penghinaan jiwa, terenggutnya kehormatan, dan kepincangan moral.

No comments:

Post a Comment