HURAIAN ISI


TERDAPAT DUA UNDANG - UNDANG DARI SUDUT PERLUASAN FITNAH DI MEDIA SOSIAL IAITU UNDANG - UNDANG ISLAM DAN UNDANG - UNDANG SIVIL




1.   FITNAH DARI SUDUT AGAMA ISLAM



            Fitnah sememangnya membawa banyak kemusnahan kepada dunia secara amnya dan umat Islam khasnya.  Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran, fitnah merupakan penganiayaan dan segala perbuatan yang dimaksudkan untuk menindas Islam dan Muslimin.  Nabi Yusuf A.S. juga pernah menjadi mangsa fitnah Zulaikha, isteri kepada Qithfir, Raja Mesir ketika itu. Dalam surah Yusuf, ayat 25, dinyatakan dengan jelas bahawa Zulaikha telah menuduh Nabi Yusuf berniat serong terhadapnya. Kerana tidak tahan dengan godaan Zulaikha, Nabi Yusof telah berdoa kepada Allah agar dirinya dipenjarakan bagi mengelakkan dirinya daripada tipu daya Zulaikha. Dari situ kita dapat lihat bahawa besar sungguh bahana fitnah sehinggakan seorang nabi Allah menjadi mangsanya walaupun beliau tidak pernah melakukan sebarang kemungkaran. Nabi Yusuf menyatakan sekiranya fitnah itu ada dan wujud dalam masyarakat, maka baginda lebih rela duduk di dalam penjara.

. ُونَ َك ل َ َح َرا م ال َّش ْه ر َع ن يَ ْسأ ْ َسب ي ل َع ْن َو َص دَۖ َكب ي ر في ه ق تَا ل قُ ْلَۖ في ه ق تَا ل ال ر َّّللا َوكُفْ َم ْس ج د ب ه ْ َوال َح َرا م ْ ْخ َرا ُج ال َوإ ْه ل ه َ َ ْكبَ ُر مْنهُ أ أ فتْنَةَُۚ َّّللا عْن َد ْ َ ْكبَ ُر َوال ل م َن أ َقتْ ْ ُو َن َوَلَۗال ْم يَ َزال ُونَكُ ى يُقَات ل ْم َحتَّ َع ْن َي ُرُّدوكُ ن ْم دين كُ َو َم ْنَۚا ْستَ َطاعُوا إ ْم يَ ْرتَ دْد فَيَ ُم ْت دين ه َع ْن مْنكُ َو ئ َك َكاف ر َوهُ ولَ ُ َط ْت فَأ ُهْم َحب ُ ْع َمال َ ْْل خ َرة ال ُّدْنَيا ف ي أ َوا ئ َكَۖ ولَ ُ ْص َحا ُب َوأ َ ر أ ْمَۖالنَّا َها هُ َخا ل ُدو َن ف ي 

            Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidilharam dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-Baqarah : 217) 

            Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah dengan jelas menyatakan bahawa dosa memfitnah adalah lebih teruk daripada membunuh. Jika membunuh, dosanya menurut Hukum Hudud adalah dibalas bunuh, maka apakah hukuman yang sewajarnya diberikan kepada golongan pemfitnah ini? Adakah cukup dengan sekdar dimasukkan ke dalam penjara atau didenda seperti yang tertulis dalam undang-undang sivil ?

            Rasulullah juga pernah bersabda; “Sesungguhnyaَ akanَ terjadiَ satuَ fitnahَ yangَ menimpaَ bangsaَ Arab,َorangَ yangَ terbunuh masuk ke dalam neraka, perkataan pada saat itu lebih tajam daripada pedang. (HR. Abu Dawud) Berdasarkan sejarah, di bawah Kod Babylon semasa pemerintahan Hammurabi, sebuah kod undang-undang bertulis yang tertua di dunia menyatakan bahawa seseorang itu boleh dihukum sekiranya dia menuding jarinya kepada seorang paderi melainkan dia menyatakan sebab-sebabnya. Semasaَ pemerintahanَ Alfredَ Agungَ menyebutَ bahawaَ“sekiranya seseorang itu didapati bersalah melakukan slander awam dan terbukti dakwaannya maka tanpa teragak-agak tiada hukuman ringan akan dikenakan melainkan lidahnyaَdipotong”َ(Carter,َ2005). Menurut Davis (2002), secara umumnya, fitnah boleh ditakrifkan sebagai satu kenyataan bertulis (atau ucapan) yang tidak benar yang boleh mendedahkan seseorang itu kepada kebencian, cemuhan dan penghinaan masyarakat.

             Fitnah adalah penerbitan kenyataan-kenyataan yang menunjukkan reputasi seseorang dan berkecenderungan menurunkan seseorang dalam penilaian ahli-ahli masyarakat yang berfikiran waras amnya, atau membuat mereka menjauhi atau mengelakkanya (Saleem & Sankaran, 2000). Di dalam Islam, Allah melarang seorang muslim mencari aib orang lain sepertimana yang disebut di dalam surah al-Isra’َayatَ36,َ“Danَjanganlahَengkauَturutَapa-apa yang tidak engkau ketahui sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati itu masing-masingnya akan ditanyaَ dariَ halَ itu”.

            Undang-undang Islam menganggap bahawa sebarang bentuk perbuatan, kelakuan atau perkataan yang dilakukan untuk memfitnah seseorang tertentu, maka ia boleh dikira sebagai suatu kesalahan fitnah tanpa mengira sama ada ia disiarkan atau dihebahkan dalam bentuk sementara atau kekal, sama ada dalam bentuk gambaran, lukisan, arca, patung, tayangan, karikatur, coretan dan sebagainya. Dan juga tanpa mengira sama ada ia menggunakan apa-apa perantaraan alat komunikasi bagi menyampaikan fitnahnya itu ataupun tidak. Kata-kata atau ungkapan yang menyakitkan hati, mengaibkan atau merendahkan maruah seseorang tertentu dilarang oleh undang-undang Islam, inikan pula kata-kata yang berbau fitnah atau yang berkemungkinan boleh mewujudkan fitnah.

· Ghibah- mengumpat atau mengata-ngatakan diri seseorang
· Buhtan-ungkapan atau perkataan itu yang sememangnya direka-reka yang boleh menjadi suatu       
     bentuk fitnah,
· sukhriyyah - (ejekan/hinaan, lamz (fitnah)

            Pihak yang difitnah itu boleh mengambil tindakan undang-undang menuntut ganti rugi kepada pihak pemfitnah atas keaibannya yang dia alami dari sudut psikologi dan emosi atau memohon injunksi supaya fitnah itu disekat dan dihapuskan daripada ia terus disebarkan dalam Internet atau sistem mesej ringkas itu.



 2.     FITNAH DARI SUDUT UNDANG – UNDANG SIVIL

            Terdapat dua undang-undang kefitnahan, iaitu kefitnahan jenayah dan kefitnahan sivil. Kesalahan berkaitan kefitnahan jenayah diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan (AKTA574), manakala kesalahan berkaitan kefitnahan sivil diambil tindakan di bawah Akta Kefitnahan
          
            Tujuan Undang-undang Kefitnahan ialah untuk memberi  perlindungan kepada  seseorang atau perniagaan atau sebagainya daripada sesuatu yang boleh mencemarkan dan yang boleh menyebabkan masyarakat yang berfikiran waras untuk menghindarkan diri mereka  daripada orang itu.
            
            Terdapat dua bentuk kefitnahan iaitu kefitnahan  libel dan kefitnahan slander. Kefitnahan libel ialah kefitnahan dalam bentuk kekal dan fitnahan slander adalah kefitnahan dalam bentuk tidak kekal. Siaran tv dan radio dianggap sebagai fitnah kekal.


SPM 2017 – INOVASI: UNDANG-UNDANG FITNAH BAHAGIAN 1 https://www.youtube.com/watch?v=CPN1ChVy3t0


SPM 2017 – INOVASI: UNDANG-UNDANG FITNAH BAHAGIAN 2 https://www.youtube.com/watch?v=aUMdmqv73SA


Slander:           Satu tuntutan bagi fitnah yang dilakukan secara slander hanya boleh dibuat jika orang yang menuntut (claimant) dapat menunjukkan kerugian khas (special damages , kecuali dalam kes-kes tertentu).

Libel:               Tetapi dalam libel undang-undang menganggap kerugian telah dialami dan tuntutan boleh dibuat apabila sahaja yang dituntut membuat fitnah secara libel.




TERDAPAT  TIGA PERSOALAN YANG HARUS DILIHAT DAN DITANYA DALAM MENENTUKAN SAMA ADA SESUATU TUNTUTAN FITNAH BOLEH DIBUAT ATAU TIDAK.


Tiga persoalan itu adalah:-
  1.          Adakah Terdapatnya Kenyataan Fitnah?
  2.          Adakah Kenyataan Itu Merujuk  Kepada Orang Yang Menuntut (Claimant)?
  3.          Adakah Kenyataan Itu Telah Diterbitkan Atau Sampai Ke Pengetahuan Pihak Ketiga?




 Adakah Terdapatnya Kenyataan Fitnah?
           
            Harus diingat kenyataan yang membawa kemarahan sahaja tidak mencukupi untuk dijadikan asas bagi tuntutan dalam tort fitnah.  Ia hendaklah menjatuhkan reputasi seseorang di mata masyarakat (rujuk perenggan ke dua di atas) atau telah mengakibatkan kerugian dari segi profesion seseorang.
          
            Oleh itu, setelah dikenalpasti akan sesuatu kenyataan itu sebagai satu fitnah, maka soalan yang ditanyakan adalah: Adakah ia boleh merendahkan reputasi dan martabat orang yang difitnah di mata masyarakat?
           
            Adakah kenyataan itu akan menyebabkan orang yang difitnah terdedah kepada kebencian, dimalukan atau kehinaaan?

Innuendo:        Sesuatu kenyataan fitnah juga tidak semestinya bersifat terang-terangan.  Ia mungkin fitnah dalam bentuk tersirat dari yang tersurat (hidden meaning).  Namun, maksud tersirat itu harus difahami oleh orang biasa yang perkataan digunakan itu adalah suatu fitnah
  
     
Adakah Kenyataan Itu Merujuk  Kepada Orang Yang Menuntut (Claimant)?

            Untuk sesuatu tuntutan fitnah ini berjaya, pihak yang menuntut (claimant) harus menunjukkan yang kenyataan fitnah itu ditujukan kepadanya.  Jika kenyataan fitnah itu tidak merujuk kepada mana-mana orang atau organisasi yang membuat tuntutan, maka tuntutan ini tidak akan berjaya.
            
            Namun, ini tidak bermakna jika kita tidak menamakan individu tertentu  kita akan terlepas dari tanggungan ini.

Dalam kes: J’Anson v Stewart (1787) 1 TR 478, mahkamah memutuskan bahawa kenyataan fitnah adalah merujuk kepada claimant biarpun namanya tidak disebut. Ini kerana terdapat ciri-ciri yang kukuh yang merujuk pada claimant dalam kenyataan fitnah tersebut.
          
            Mahkamah juga mengatakan yang orang biasa yang membaca kenyataan itu pun pastinya akan merasakan bahawa kenyataan itu merujuk kepada claimant.

The court found that although the claimant had not been named, the description was so detailed and the resemblance so strong that a reasonable person reading the article who knew the claimant would assume the article was about the claimant.

            Bezakan kes J’Anson v Stewart  dengan situasi ini pula:  Jika pihak yang dituntut boleh menunjukkan bahawa kenyataan itu merujuk kepada orang lain yang menyerupai claimant, maka tuntutan claimant boleh diketepikan oleh mahkamah terutamanya jika orang yang menyerupai claimant telah suci hati dengan membenarkan suatu kenyataan ditulis mengenai dirinya.


Adakah Kenyataan Itu Telah Diterbitkan Atau Sampai Ke Pengetahuan Pihak Ketiga?

            Untuk sesuatu tuntutan fitnah berjaya ia juga perlu diterbitkan atau sampai ke pengetahuan pihak ke tiga.  Jika ia diutarakan kepada claimant tanpa didengari oleh mana-mana orang lain, maka claimant tidak boleh membuat di mahkamah.  Begitu juga apabila claimant kita mungkin tahu (not possibly foresee) yang apa yang diutarakannya akan diterbitkan di mana-mana atau apa-apa bentuk penerbitan.

PEMBELAAN DALAM KES-KES FITNAH

Siapa Yang Boleh Membuat Tuntutan Fitnah?


Dalam perenggan ke sembilan di atas, ada dinyatakan yang Kenyataan Itu Hendalah Merujuk Kepada Orang Yang Menuntut. Jika adalah tidak dibenarkan oleh undang-undang untuk kita menuntut bagi pihak yang telah mati atau keluarga terdekat atau rakan-rakan kita.


Seperti undang-undang tort yang lain, terdapat pembelaan yang disediakan dalam kes-kes fitnah. Terdapat beberapa pembelaan yang wujud iaitu:
  • Justifikasi/Justification
  • Komen Yang Adil/Fair Comments 
  • Keistimewaan Mutlak Dan Tertentu / Absolute and Qualified Privilege 
  • Innocent Dissemination 
  • Fitnah Secara Tidak Sengaja/Unintentional Defamation 
  • Volenti non fit injuria



Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972:




No comments:

Post a Comment